Semalam 20hb April aku pergi buat pemeriksaan kereta di Puspakom Wangsa maju untuk proses pertukaran pemilik kenderaan ,yang mana sebelum ini kereta itu atas nama ayah. Sudah la kena tunggu hampir 2 jam untuk pemeriksaan tersebut ,keputusan pemeriksaan pulak gagal sebab cermin tak lepas cahaya yang dibenarkan.Arggh..tension.. dan marah kepada Tokey kedai aksesori tempat aku tinted cermin aku tu.Masa buat,aku tanya dia,dia kata lepas,tapi masa pemeriksaan tak lepas pulak..Melayang duit aku.
Lepas pemeriksaan tu memang takda mood langsung.Tension dan geram sepanjang hari. Tetapi disebalik kemarahan dan rasa kecewa tersebut aku ingatkan diri aku untuk mencari sesuatu yang positif disebalik kejadian tersebut. Juga satu cara Allah nak ingatkan aku untuk mensyukuri nimat dan rezeki yang diberi oleh Allah.Kalau ada nikmat lebih tu ,hulur-hulurkanlah sedikit kepada yang memerlu-kan,agar gaji yang dapat itu berkat.
Bila fikir tentang duit memang serabut kepala,tapi bila fikir balik aku menyedapkan hati aku."takpelah mungkin Allah nak balas atas kelalaian aku".
Balik rumah cubalah cari resit tinted tu mana tau ada,boleh pergi kedai cina tu mintak dia tukar baru.tapi malangnya dah hilang.Aduh!rugi-rugi.Jadi kepada sahabat-sahabat sekalian kalau pergi beli apa-apa berhati-hatilah lain kali,jangan percaya 100% benda yang dicerita oleh tokey kedai kerana anda mungkin ditipu dengan ayat "Baik punya Bos.Dijamin takda masalah".


No response to “Ibrah dari Kemarahan”
Leave a reply