Tuesday, April 19, 2011

apa yang perlu diminta

Usai balik kerja jam7.00 petang tadi,aku singgah sebentar di kedai Char kuey tiow yang menjadi kegemaran aku di depan beryls,serdang. Habis makan terus memandu pulang dan solat maghrib di surau taman tempat aku tinggal.Walaupun kepala rasa pening-pening hari ini,mungkin kerana memikirkan kerenah student-student ,aku teringat hari ini ada kuliah Ustaz Hasrizal di surau menyambung siri kuliah tafsir surah al-kahfi.

DOA SENJATA MUKMIN

Bilamana Ashabul kahfi tidak punyai jalan lagi untuk berikhtiar menghadapi raja yang zalim dan pemerintah yang kufur lalu mereka menangkat tangan meminta kepada Allah:

 10. (ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan ugama kami".(surah :al-kahfi ayat:10

Antara huraian yang didapati daripada ayat ini adalah yang pertama apa yang diminta oleh anak muda ini daripada Allah adalah sesuatu yang sangat penting yang tidak dapat diberikan oleh orang lain melainkan Allah.Pengunaan perkataan i'nda dalam ayat ini berbanding Khabar (yang kedua-dua) bermaksud berita menegaskan apa yang diminta tinggi disisi Allah.

Kedua perkataan rahmah memberi erti yang luas dalam konteks anak muda ini meminta pertolongan Allah. Bilamana mereka tidak menemui jalan untuk menyelamatkan iman mereka,maka mereka meminta rahmah kepada Allah yang mereka sendiri tidak mengerahui apakah perkara yang Allah akan tentukan kepada mereka yang lebih baik disisi mereka,maka Allah tidurkan mereka selama 309 tahun sebagai rahmah dan jalan keluar kepada mereka bagi menyelamatkan mereka daripada kekufuran. 

Antara perkara yang menarik juga mengapakah Allah menjadikan gua,tempat yang sempit lagi gelap tanpa penghawa dingin menjadi tempat mereka memperolehi ketenangan jiwa. Maka bilamana hari ini orang membesarkan rumah dan mencatikkan perhiasan dunia maka ketahuilah bahawa semuanya sia-sia sekiranya ia tidak mendapat rahmah daripada Allah.

MINTALAH PERTOLONGAN ALLAH
"Aku tak tahan dah nak kerja ni.rasa,nakberhenti je".Kenapa nak berhenti? aku cuba nak memahami kawan ku ini yang hampir setiap kali aku keluar dengan dia,itulah perkara yang diadukan saban waktu."Tension,tak boleh nak perform kat sana"

Bila teringatkan ayat ini maka aku menasihatkan diri aku,berdoalah meminta rahmat daripada Allah ,sesungguhnya Allah mengetahui perkara yang terbaik untuk kita. Ya Allah tunjukkanlah aku jalan terbaik dalam kehidupan,pekerjaan,pendidikan dan urusan harian ku menuju akhirat yang berkekalan.AMIN
 

No response to “apa yang perlu diminta”

Leave a reply

 
© 2009 l.i.f.e.. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Design by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz | Distributed by Deluxe Templates