Wednesday, May 04, 2011

Bila terasa bersendiri

Hari ini sudah masuk hari ketiga berada di Terengganu , seorang diri. Memang terasa kebosanan sebab tiada tempat untuk bercakap.Bercakap dengan diri sendiri sahaja. Bosan-bosan tadi sempat juga berjalan disekitar pantai marang,rupanya baru sedar ada tempat menarik dekat dengan pantai ini.Sebelum ini tak perasaan pun.

Apapun Esok hari terakhir berada disini.Walaupun disebalik ketangan yang dirasai sepanjang berada di Terengganu ini jauh daripada kesesakan KL, Kepala masih memikirkan kerja-kerja yang tertangguh menanti bila balik nanti. Ya Allah berilah kekuatan untuk tidak menagguhkan kerja sehingga last minit.Insyallah.

Bila balik ke KL,paling dirindui disini adalah makanan dekat sini yang takkan dapat dekat mana-mana di KL.Tapi bila fikirkan berat badan yang dah semakin naik, kena berpada-pada menyumbat makanan ke dalam mulut. Masih cuba untuk mengawal berat badan, bagi menjaga kesihatan juga. Wallhualam

No response to “Bila terasa bersendiri”

Leave a reply

 
© 2009 l.i.f.e.. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Design by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz | Distributed by Deluxe Templates