Wednesday, May 04, 2011

Bila terasa bersendiri

Hari ini sudah masuk hari ketiga berada di Terengganu , seorang diri. Memang terasa kebosanan sebab tiada tempat untuk bercakap.Bercakap dengan diri sendiri sahaja. Bosan-bosan tadi sempat juga berjalan disekitar pantai marang,rupanya baru sedar ada tempat menarik dekat dengan pantai ini.Sebelum ini tak perasaan pun.

Apapun Esok hari terakhir berada disini.Walaupun disebalik ketangan yang dirasai sepanjang berada di Terengganu ini jauh daripada kesesakan KL, Kepala masih memikirkan kerja-kerja yang tertangguh menanti bila balik nanti. Ya Allah berilah kekuatan untuk tidak menagguhkan kerja sehingga last minit.Insyallah.

Bila balik ke KL,paling dirindui disini adalah makanan dekat sini yang takkan dapat dekat mana-mana di KL.Tapi bila fikirkan berat badan yang dah semakin naik, kena berpada-pada menyumbat makanan ke dalam mulut. Masih cuba untuk mengawal berat badan, bagi menjaga kesihatan juga. Wallhualam

Thursday, April 21, 2011

Ibrah dari Kemarahan

Semalam 20hb April aku pergi buat pemeriksaan kereta di Puspakom Wangsa maju untuk proses pertukaran pemilik kenderaan ,yang mana sebelum ini kereta itu atas nama ayah. Sudah la kena tunggu hampir 2 jam untuk pemeriksaan tersebut ,keputusan pemeriksaan pulak gagal sebab cermin tak lepas cahaya yang dibenarkan.Arggh..tension.. dan marah kepada Tokey kedai aksesori tempat aku tinted cermin aku tu.Masa buat,aku tanya dia,dia kata lepas,tapi masa pemeriksaan tak lepas pulak..Melayang duit aku.

Lepas pemeriksaan tu memang takda mood langsung.Tension dan geram sepanjang hari. Tetapi disebalik kemarahan dan rasa kecewa tersebut aku ingatkan diri aku untuk mencari sesuatu yang positif disebalik kejadian tersebut. Juga satu cara Allah nak ingatkan aku untuk mensyukuri nimat dan rezeki yang diberi oleh Allah.Kalau ada nikmat lebih tu ,hulur-hulurkanlah sedikit kepada yang memerlu-kan,agar gaji yang dapat itu berkat.

Bila fikir tentang duit memang serabut kepala,tapi bila fikir balik aku menyedapkan hati aku."takpelah mungkin Allah nak balas atas kelalaian aku".

Balik rumah cubalah cari resit tinted tu mana tau ada,boleh pergi kedai cina tu mintak dia tukar baru.tapi malangnya dah hilang.Aduh!rugi-rugi.Jadi kepada sahabat-sahabat sekalian kalau pergi beli apa-apa berhati-hatilah lain kali,jangan percaya 100% benda yang dicerita oleh tokey kedai kerana anda mungkin ditipu dengan ayat "Baik punya Bos.Dijamin takda masalah".

Tuesday, April 19, 2011

apa yang perlu diminta

Usai balik kerja jam7.00 petang tadi,aku singgah sebentar di kedai Char kuey tiow yang menjadi kegemaran aku di depan beryls,serdang. Habis makan terus memandu pulang dan solat maghrib di surau taman tempat aku tinggal.Walaupun kepala rasa pening-pening hari ini,mungkin kerana memikirkan kerenah student-student ,aku teringat hari ini ada kuliah Ustaz Hasrizal di surau menyambung siri kuliah tafsir surah al-kahfi.

DOA SENJATA MUKMIN

Bilamana Ashabul kahfi tidak punyai jalan lagi untuk berikhtiar menghadapi raja yang zalim dan pemerintah yang kufur lalu mereka menangkat tangan meminta kepada Allah:

 10. (ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan ugama kami".(surah :al-kahfi ayat:10

Antara huraian yang didapati daripada ayat ini adalah yang pertama apa yang diminta oleh anak muda ini daripada Allah adalah sesuatu yang sangat penting yang tidak dapat diberikan oleh orang lain melainkan Allah.Pengunaan perkataan i'nda dalam ayat ini berbanding Khabar (yang kedua-dua) bermaksud berita menegaskan apa yang diminta tinggi disisi Allah.

Kedua perkataan rahmah memberi erti yang luas dalam konteks anak muda ini meminta pertolongan Allah. Bilamana mereka tidak menemui jalan untuk menyelamatkan iman mereka,maka mereka meminta rahmah kepada Allah yang mereka sendiri tidak mengerahui apakah perkara yang Allah akan tentukan kepada mereka yang lebih baik disisi mereka,maka Allah tidurkan mereka selama 309 tahun sebagai rahmah dan jalan keluar kepada mereka bagi menyelamatkan mereka daripada kekufuran. 

Antara perkara yang menarik juga mengapakah Allah menjadikan gua,tempat yang sempit lagi gelap tanpa penghawa dingin menjadi tempat mereka memperolehi ketenangan jiwa. Maka bilamana hari ini orang membesarkan rumah dan mencatikkan perhiasan dunia maka ketahuilah bahawa semuanya sia-sia sekiranya ia tidak mendapat rahmah daripada Allah.

MINTALAH PERTOLONGAN ALLAH
"Aku tak tahan dah nak kerja ni.rasa,nakberhenti je".Kenapa nak berhenti? aku cuba nak memahami kawan ku ini yang hampir setiap kali aku keluar dengan dia,itulah perkara yang diadukan saban waktu."Tension,tak boleh nak perform kat sana"

Bila teringatkan ayat ini maka aku menasihatkan diri aku,berdoalah meminta rahmat daripada Allah ,sesungguhnya Allah mengetahui perkara yang terbaik untuk kita. Ya Allah tunjukkanlah aku jalan terbaik dalam kehidupan,pekerjaan,pendidikan dan urusan harian ku menuju akhirat yang berkekalan.AMIN
 

Monday, April 18, 2011

l.i.f.e.

18.4.11(Equine)-sudah agak lama tak menulis dan mengasah minda untuk berbicara. Sebulan dua ini sibuk memikirkan masalah orang lain sampai tak sedar makin lama semakin jauh dengan tuhan. Kalau dulu waktu belajar ,waktu susah tiada duit selalu berdoa mengangkat tangan menadah meminta pertolongan. Tapi kini dengan sedikit kurniaan nikmat yang Allah berikan ,aku telah lalai.

Ya Allah ,peliharalah aku dari kelalain , kejahilan ,kesombongan dan kesenangan dunia yang sedikit ini yang membuatkan aku melupkanmu ya Allah.

Bulan MEI 2011 ini genap 2 tahun ,aku meninggalkan zaman belajar.Kini kerja mencari nafkah untuk menampung kehidupan di dunia, tapi malangnya aku tak betul-betul puas bekerja. Bila renung-renung semula aku perllu mencari hala tuju yang baru, permulaan baru kepada sebuah perjalanan yang panjang."life is a journey,not destination". Untuk mencari tujuan yang tepat, aku harus terus berjalan,berjalan dan berjalan.Semoga Allah temukan dengan kesudahan yang menggembirakan.AMIN

.
 
© 2009 l.i.f.e.. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Design by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz | Distributed by Deluxe Templates